Mataku terpesona pada kehebatan yang maha esa

Sunday, December 11, 2011

laksam..nak seribu daya,tak nak seribu dalih..

pelik bunyi tajuk entry,,tapi tu lah kan,selama umur saya ni makan laksam dah berkali-kali,tapi buatnya baru sekali,first time!tak pernah buat sebelum ni.kalau kat kelantan kita buat kuah saja,laksam boleh dibeli yang sudah siap tak payah penat2 buat.

bila duk kat luar spt sekarang,terpaksalah menggigihkan diri buat,kalau ikutkan saya, makan dengan laksa kering tu pun tak pe janji kuahnya laksa/laksam kelantan,tapi suami beriya suruh buat laksam,sy pun ikut lah tambah dengan rasa nak mencuba sebab tak pernah buat.

mula2 frust gak lah,bancuhan pertama tak menjadi,dah lah tudung periuk jenis tu tak der,terpaksa guna aluminium tu jadikan acuan.panik kejap,terus sy call mak untuk dapat info tambahan akhirnya menjadi laksam saya..seronok macam senang lah pulok..atleast bertambah lagi 1 kemahiran memasak saya ..he he.



laksam yang berjaya sy buat.kualiti gambar kurang memuaskan kerana guna hp saja.



Bahan untuk laksam kelantan
3 cawan tepung beras
1/2 cawan gandum
1 sudu tepung ubi
4 cawan air suam

* bahan-bahan diatas dicampur untuk proses mengukus.caranya masukkan satu senduk atas tudung periuk kemudian kukus,bila menggelembung maknaya sudah masak,boleh angkat dan gulung time panas-panas.masa nak kukus tu sapu sedikit minyak kat tudung periuk supaya tak melekat.

bahan untuk kuah
ikan selayang/sardin/kembung 10 ekor atau lebih,lagi banyak ikan lagi sedap
santan
bawang merah,putih lada hitam,asam gelugor
garam gula secukup rasa

*ikan direbus dengan sedikit air,asam kepng dan garam,bila sejuk perisi ikan dan blend masuk dalam periuk kuah,tulang ikan pun boleh di blend jugak tapi perlu tapis untuk masuk dalam periuk kuah.masukkan santan,masukkan bawang merah dan sedikit saja bawang putih yang ditumbuk bersama lada hitam dam periuk kuah,masukkan 1 atau 2 keping asam keping,kacau hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.

ulam-ulaman
sambal jantan (tumbuk lada,cuka,gula dan garam)
daun kesum
bunga kantan
kacang panjang
timun batang
tauge
belacan
limau nipis
*dipotong atau diracik kecil2 seperti dalam gambar laksam di atas.

No comments:

Post a Comment