Mataku terpesona pada kehebatan yang maha esa

Saturday, March 12, 2011

Lada solok di ambang pemupusan

Gambar2 pokok lada solok saya yang sedang berbuah.dan semakin hampir nak pupus.sebelum pupus eloklah saya rakamkan gambar2nya.first time saya tanam lada solok walau pun dalam pasu dapat jugaklah kutip hasilnya walau pun tak banyak.

seronok tengok.lebih-lebih lagi buahnya hampir mencecah lantai.walau pun pasu cinonet ajer.asalnya saya cuba main2 jer,tak tersangka boleh berbuah.tu pasal letak dalam pasu cinonet jer.


yang ni pulak bukan dalam pasu tapi dalam tin susu anak.hi hi.Daunnya sudah semakin kekuningan dan nampak tak bermaya berbanding dengan masa mula-mula berbuah dahulu..


Yang ni gambar diambil semasa mula-mula berbuah dulu,daun pun masih segar bugar lagi.


Suka tanam bila lihat hasilnya.Tapi bila memikirkan tempat agak terhad,faham2 sajalah rumah atas awangan nih,rasa tak nak teruskan,Tapi suami beria benar nak sambung tanam lagi,siap tabur benih lagi...banyak yg dia tabur,tapi yang tumbuh ada la 3 pokok saya tengok..3 pokok lagi hu hu..buat solok utk 2 orang boleh la..


No comments:

Post a Comment