Mataku terpesona pada kehebatan yang maha esa

Friday, March 18, 2011

Jeruk maman

Jeruk maman bukanlah suatu yang asing pada saya,kerana sejak kecil lagi sy sudah terbiasa melihat jeruk maman kerana ia adalah makanan kegemaran ayah saya.namun pada waktu itu saya cuma mengenali rupanya tapi tidak pada rasanya.bukan sy tak pernah rasa,tp peliknya psikologi sy terus mengatakan ianya tak sedap.mungkin kerana rupanya tak nampak menyelerakan dan mungkin jugak kerana anggapan ia makanan orang tua-tua.

Bila melihat kesungguhan suami sy sanggup beli dari kg untuk di bawa ke sini,hati saya mula tertanya2,sedap sangat ker jeruk maman ni,kenapa aku tak rasa sedap?..bermula dari situ saya mula cuba untuk merasai kesedapan jeruk maman tu secara adil..ternyata memang lazat sangat!!.kesukaan suami kepada jeruk maman sudah berjangkit kepada saya pulak.

Bagi yang belum merasai tu,elok lah cuba pasti dapat rasa keenakannya.lemak2 gitu.Mula la sy terbayang nak buat jeruk maman,nak tanam maman,maklumlah hobi saya sekarang lebih terarah kepada berkebun.seingat saya mak saya pun pernah tanam dan jeruk maman nih.kalau ada benih saya tanam jugak.

disebabkan entry ni tentang jeruk maman,maka eloklah saya letakkan sekali resepi nak buat jeruk maman,mana tau niat nak menanam maman ni jadi kenyataan.resepi ni diambil dari :


Bagi yang belum rasa boleh lah beli jeruk maman,dan bagi yang nak buat jeruk maman boleh lah cuba resepi kat atas ni,saya pun belum cuba lagi.


No comments:

Post a Comment