Sunday, May 15, 2011

Selamat hari guru

Selepas hari ibu,sambut hari guru pulak.Meriah dengan perayaan bulan mei ni.setiap tahun meraikan hari guru ni,mudah-mudahan guru di Malaysia ni selamat,dan aman menjalankan tugas.Macam2 kes timbul baik dipihak guru mahu pun dipihak pelajar.macam-macam spekulasi,kenapa guru begitu,kenapa guru begini.Yang pasti hanya guru yg tahu saat dia mendepani puluhan pelajar setiap hari dengan pelbagai kerenah dan risiko.


Hanya yang betul2 tinggi kesabarannya mampu menjadi guru yang baik,kalau tidak maka berlaku lah kes2 yg tidak enak didengar seperti yg tersiar di akhbar.Begitu besar cabaran guru menangani pelajar di zaman sekarang,yang bukan calang2.jangan terkejut seawal usia 9 tahun sudah mula mengenal rokok,menghidu gam.., dan sebagainya.


Bila sudah kena penangan gam dan batang berasap ni,jangan haraplah untuk minat belajar..tapi ada jugak pihak2 yang menunding kepada guru,kononnya pembelajaran tidak menarik punca pelajar ponteng dan tidak berdisiplin.wal hal kecuaian ibu bapa lah penyumbang terbesar kepada beban tugas guru menangani disiplin pelajar.


Kesian guru kan..tp itu lah letaknya nilai kemuliaan seorang guru.Sanggup berkorban untuk melahirkan insan-insan yang berguna kepada bangsa dan Negara.Pada guru-guruku selamat hari guru untuk anda semua. Semoga Allah memberikan ganjaran yang sewajarnya atas jasa dan pengorbanan anda.

No comments:

Post a Comment