Sempena hari ibu.walaupun sebenarnya meraikan ibu bukan sempena-sempena.setiap masa kena raikan ibu.buat ibu yang ku kasihi :
Ibu-kasih tak terucap
Ibu,
Ketahuilah aku mengasihi,menyayangimu
nilainya bukan di corong telefon
bukan juga pada tingkah dan tutur
atau mahalnya sebuah hadiah
itu bukan ukurannya
kerana itu bukan aku
Sebetulnya
getar kasihku,dan tingginya penghargaanku
Kusemat rapi di hati ini
Hanya aku dan rabb ku yang tahu dan mengerti
Sedalam mana kasihku padamu
Bukan tepat pada tafsiran sesiapa
Wahai ibuku..
Selagi nafas berdetik
Insyaalah,al-fatihah adalah hadiah
yang paling bernilai bagiku
untuk kuhadiahkan kepadamu,
Doa kesejahteraan adalah bait-bait kalimah kuucapkan
Bukti keikhlasanku dalam mengasihimu
Ibu,
Walau selaut dosa durhakaku
Ku mohon penuh harap
Ampunkanlah anakmu ini
Kerana tidak ada ertinya hidupku
Tanpa redha seorang ibu
Ya Allah
Ampunilah dosa ibuku
Kasihilah ibuku sebagaimana dia mengasihiku
Amiiiin….
.
No comments:
Post a Comment