Surah An-Nisa : ayat 34
Ertinya : "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka."
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (ra) bhw bersabda Rasulullah SAW mafhumnya:
" Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah apabila dipandang oleh suaminya, menggembirakannya. Apabila disuruh oleh suaminya ia menurut saja tanpa ingkar, jika suaminya tidak ada, ia akan memelihara harta suaminya dan juga dirinya. Perempuan yang derhaka kpd suaminya tidak boleh diberi nafkah dan bahagiannya."
Sabda Nabi SAW lagi, mafhumnya:
" Apabila waktu malam, si isteri meninggalkan tempat tidur suaminya, dilaknati oleh semua malaikat hingga waktu subuh."
Sabda Nabi SAW lagi, mafhumnya:
" Di mana-mana sahaja, isteri tidur pada waktu malam meninggalkan tempat tidur suaminya padahal suami merelakannya, akan dimasukkan syurga."
Sabda Nabi SAW lagi, mafhumnya:
" Sesiapa yang menganiaya suaminya dan memberatkan suaminya yang tidak mampu melakukannya serta menyakiti hati suaminya, nescaya dilaknati oleh Malaikatul Rahmat dan Malaikat Azab."
" Sesiapa di kalangan isteri yang sabar ketika suaminya sakit, Allah Taala akan memberikannya pahala Asmah dan Maryam bt Imran."
Berkata Ibnu Abbas (ra) bhw dia mendengar Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:
" Jika seseorang isteri mendirikan solat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang hari, apabila suaminya mengajak isterinya ke tempat tidur, si isteri terlewat dalam satu saat, maka pada hari kiamat nanti, perempuan (isteri) itu datang dengan dirantai beserta syaitan dengan menuju ke dalam neraka yang terkebawah sekali."
Sabda Nabi saw lagi, mafhumnya:
" Di mana-mana sahaja perempuan (isteri) itu derkaha kepada suaminya, maka dilaknat Allah Taala, malaikat dan seluruh manusia."
Berkata Ali bin Abi Talib (kwj) bhw dia mendengar Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Jika perempuan (isteri) menjadikan salah satu tangannya terbakar dan sebelah lagi di gunakan untuk memasak dan dihantarkan kepada suaminya, padahal suaminya tidak redha terhadap perempuan (isteri) itu, maka pada hari kiamat nanti, isterinya berada bersama dengan Yahudi dan Nasrani."
sumber :forum cari
P/s : selalunya kita dengar para suami kerap menyebut hadis/dalil yang menyeru wanita untuk mentaati suaminya,kerana tingginya kedudukan suami di sisi Allah,namun suami juga berlu bersikap adil dan perlu muhasabah sebelum menuntut hak2nya ditunaikan sepenuhnya oleh isteri,adakah peranannya sebagai pemimpin keluarga sudah dilaksanakan dengan penuh amanah.Bukan menidakkan kewajipan isteri mentaati suami,tetapi kedua-dua pihak perlu muhasabah dan berusaha melaksanakan tanggung tanggungjawab bukan menunding jari kepada pihak isteri sahaja.
*p/s = pendapat sendiri
No comments:
Post a Comment