Mataku terpesona pada kehebatan yang maha esa

Sunday, April 24, 2011

Tapai pulut

Tengok gambar kat atas ni mungkin tak terfikir ia tapai pulut kan..tapi itulah hakikatnya tapai pulut yang saya buat beberapa hari yang lepas.sekarang sudah licin dihabiskan.Buat dalam 1/2 kilo saja,baki beras pulut yang dibuat pengat durian hari tu.Yang makan pun saya dengan suami saja,,berbaloi la.Kalau kat kampung orang bungkus tapai dengan daun getah..tak ape lah tapai moden bungkus dalam plastik pulak..

ni rupa tapai setelah dibuka bungkusannya.tak nampak berair sangat sebab ngam2 cukup 2 malam terus saya buka,,subuh2 pagi pulak tu,kerana tak sabar melihat hasil kali pertama saya membuat tapai.Hari seterusnya memang banyak air tapai keluar,,manis banger.Al-hamdulillah memang menjadi,,walau pun tak sempurna pada bungkusannya tapi isinya dah macam orang pro wat tapai..he he perasan la pulok..


masih ada 1 lagi ragi yang bawa dr kampung 3 biji hari tu,lain kali boleh lah saya buat banyak sikit simpan dalam peti ais..sedap makan penat2 balik kerja,,letak dalam air batu cendol pun sedap.Yang sy buat sikit pun sempat jugak sy bagi kat jiran 2 plastik,cukup lah untuk dia soarng saja..katanya manis tapai yang saya buat,tu yang lagi semangat nak buat lagi.


Cara buat Tapai pulut :
Bagi yang belum cuba,boleh la cuba,amat senang sekali cara nak buat tapai ni,cuma perlukan 2 bahan saja iaitu beras pulut dan ragi .

  • rendam beras pulut semalaman
  • kukus beras pulut 45 minit,,agak2 kalau belum masak lagi,masukkan air 1 cawan,kacau dan kukuskan sekali lagi
  • angkat dan biarkan tapai betul2 sejuk.
  • hancurkan ragi,letak dalam penapis teh dan taburkan ke atas pulut,balik2kan supaya sekata.
  • bungkus tapai mengikut kreativiti.
  • letak dalam bekas kosong (spt periuk bertudung)dan balut dengan kain.setelah cukup 2 malam,tapai sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment