SUJUD SYUKUR
DEFINASI
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.
Waktunya
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya
Dalilnya
Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.
Rukunnya
1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam
Syarat-syaratnya
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat
Cara-cara melakukannya.
Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat
Bacaan dalam sujud
1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali
2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)
A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU
B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI
C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN
D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA
E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU
Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.
aku sekadar menulis... apa yang terbuku di hati, apa yang terlintas difikiran, apa yang aku tahu, apa yang aku alami, dan apa yang aku rasakan ada kebaikan untuk diri aku,mungkin juga untuk orang lain.
Tuesday, May 3, 2011
Sujud syukur
Saya ada terbaca tulisan blogger tentang kisah sahabatnya yang selalu melakukan sujud syukur setiap kali selesai solat fardu,dan dari pengamatan beliau sepanjang kehidupan sahabatnya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.Ini telah memberikan motivasi kepada saya untuk cuba mengamalkan sujud syukur ,al-hamdulillah semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk melakukannya.kredit to :http://pkasih.blogspot.com.Dalam entry mana saya dah lupa,sebab banyak entry yang saya baca di blog beliau.
Mulanya niat nak buat setiap kali selepas solat fardu,seperti sahabat tersebut,rasa seperti mudah jer nak buat kan,namun berdasarkan pembacaan saya berkaitan sujud syukor disini menyatakan bahawa Rasulullah hanya sujud syukur pada ketika tertentu sahaja.Sebaliknya apa yang Rasulullah lakukan ialah ialah dengan mengamalkan solat2 sunat di tengah malam.erm betul jugakkan,,rasulullah melebihkan solat sunat dan sujud syukor untuk perkara2 tertentu sahaja.
Antara info yang saya dapat berkaitan sujud syukor.kredit :http://en.netlog.com
No comments:
Post a Comment