Laksa yang telah sedia untuk dihidangkan.Kualiti gambar agak kurang memuaskan kerana guna kamera hp jer.
ulam-ulaman dalam laksa
Saya sebenarnya teringin nak makan laksa kelantan,sudah lama tak makan, hampir setiap minggu merasa laksa penang pasar malam. saya suruh suami pilih yang mana satu nak buat antara laksa penang dan kelantan,dia pilih laksa penang..so puaskanlah hati suami dulu,,kerana bagi mana-mana tukang masak kepuasan orang makan masakannya lebih utama dari kepuasan diri sendiri..betul tak chef...kalau ada chef yg masuk sini ler..
Masak laksa penang ni senang jer,,semua main campak2 jer,,,sedap atau tidak terpulang lah pada yang merasa,kadang2 bakat semulajadi dan air tangan seseorang pun mempengaruhi jugak.ini resepi laksa yang saya buat seperti gambar kat atas..
1 paket laksa
direndam 1/jam kemudian direbus sampai lembut dan ditoskan
kan sardin/kembung (10 ekor direbus )
Direbus,letak air,asam keping dan garam.Bila sudah masak,sejukkan ikan kemudian asingkan isi dengan tulang.Isi ikan dimesin dengan air rebusan ikan, Tulang ikan juga dimesin dan ambil air tapisannya.masukkan kedalam periuk kuah
Bawang putih 3 ulas
bawang merah 5 ulas
halia 1/2 inci
lada kering yang telah direbus lebih kurang 10 biji atau lebih
belacan bakar
Kisar atau blend kesemua bahan di atas.Masukkan ke dalam periuk kuah
Bunga kantan (belah 4)
Daun kesum
air asam jawa
Asam keping
masukkan ke dalam periuk kuah
*setelah kesemua dimasukkan kedalam periuk kuah,didihkan,masukkan garam.nak letak serbuk perasa pun boleh,terpulang.Agak2 dah secukup rasa,bunga kantan pun nak hancur boleh lah angkat.
Timun batang
Lada merah
Cili padi
Bawang,
Salad
Limau nipis/kasturi
Dipotong seperti gambar di atas untuk dijadikan ulaman.
sekian resepi yang tak seberapa dari saya!
No comments:
Post a Comment